PENGALAMAN HIDUP YANG SUKAR DILUPAKAN


Pada tahun 1997 aku telah dijemput oleh sebuah kampung yang dinamakan Kampung Seri Merlong, Rengit Batu Pahat untuk merasmikan Satu Program Keagamaan yang dianjurkan oleh JKKK Kampung tersebut.  Oleh kerana kampung tersebut masih menggunakan jalan tanah merah maka aku mengambil keputusan untuk membawa motosikal ayahku.

Dalam perjalanan aku membawa motosikal tersebut tiba-tiba motosikal yang aku bawa berhenti mengejut hingga menyebabkan aku jatuh dari motosikal tersebut.  Ramai yang membantu ketika aku jatuh, namun tiba-tiba aku merasakan tangan kananku kebas, akhirnya penduduk kampung tersebut membuat andoh pada tangan kananku dan membawa aku ke hospital.

Ketika dalam perjalanan ke hospital aku merasakan kereta yang membawa aku berhenti rupa-rupanya ibuku menahan kereta yang aku naiki beliau mencium aku dan nampak wajah kegusaran di wajahnya.  Dan seterusnya aku dibawa ke hospital dan apabila pemeriksaan dilakukan doktor menyatakan tangan kanan ku patah dan mesti dibuat pembedahan dengan segera.

Esoknya pagi-pagi lagi aku melihat ibuku dan ayahku sudah berada di hospital dan ketika aku dibawa ke bilik pembedahan aku nampak ibuku menangis dan ayahku berlinangan air mata dan aku dapat merasakan begitu besar kasih sayangnya terhadap aku.

Setelah selesai pembedahan aku dibawa ke wad dan ketika mataku terbuka wajah yang kurindu iaitu ayahku dan ibuku berada di hadapanku beliau mencium kedua pipiku menyebabkan hatiku terharu dan menangis dalam pelukan mereka. 

Sepanjang aku di rumah beliau melayan aku seperti bidadari dan  aku merasakan kasih sayang yang ditaburkan terhadap diri ku begitu ikhlas dan aku takkan lupakan sehingga hayat ku dikandung badan.

No comments:

Post a Comment